Kesalahan Penggunaan Kata Bilangan.
Kata Bilangan
|
Salah
|
Betul
|
1.
Kata bilangan tingkat tidak
boleh digunakan untuk menunjukkan jumlah.
|
Ayah menanam kedua batang pokok kelapa di
kebun.
|
Ayah menanam dua batang pokok kelapa di
kebun.
|
2.
Kata bilangan tak tentu seperti
para, segala dan semua tidak boleh diulang.
|
Para-para murid dikehendaki
beratur di dewan.
|
Para murid dikehendaki
beratur di dewan.
|
3.
Kata bilangan tak tentu
berbagai-bagai dan setengah-tengah, kata bilangan pisahan tiap-tiap dan
masing-masing tidak boleh disingkatkan.
|
Di pasar malam, berbagai jenis kuih dijual.
|
Di pasar malam berbagai-bagai jenis kuih
dijual.
|
4.
Kata bilangan tentu satu, tiga
dan kata bilangan pecahan tidak boleh hadir serentak.
|
1.
Saya menunggu bas selama satu
suku jam.
2.
Harga ikan bawal ialah tiga
setengah ringgit.
|
1.
Saya menunggu bas selama satu
jam suku.
2.
Harga ikan bawal ialah tiga ringgit
setengah.
|
OBOR BAHASA 1
|
||||||||||||||||||||||||||||
Kata Sendi Nama ialah perkataan yang letaknya di
hadapan frasa nama atau kata nama.
Antaranya:
Tugas atau fungsi penggunaannya dalam ayat:
|
OBOR BAHASA 2
|
||||
Frasa ialah binaan satu atau beberapa perkataan yang berfungsi
dalam ayat. Frasa adjektif ialah frasa yang terdiri daripada kata adjektif
yang berfungsi sebagai inti frasa itu.
Contoh: rajin
membaca
|
OBOR BAHASA 3
|
Kata Arah
Bentuk kata yang menunjukkan arah,
hala atau kedudukan sesuatu. Kata arah akan didahului dengan kata
sendi di, dari atau ke.
Antara contoh kata arah yang
sering digunakan dalam bahasa Melayu ialah atas, antara, bawah, tepi,
belakang, tengah, dalam, luar, sisi, penjuru, sudut, segi, selatan, timur,
barat, utara, samping, hadapan, dan sebagainya.
Contoh:
ke atas, di tepi, ke
sisi, dari dalam, di hadapan dan di antara.
1.
Kami mendirikan khemah di belakang
rumah.
2.
Kita jangan berjelan di hadapan
orang tua.
|
OBOR BAHASA 4
|
Frasa Sendi Nama
Frasa yang terdiri daripada kata
sendi nama, diikuti oleh kata nama atau frasa nama.
Contoh: di
sekolah, di rumah saya
|
OBOR BAHASA 5
|
Soalan dengan Kata Tanya
Contoh:
Apakah perbezaan antara kereta api
dengan komuter?
Soalan Tanpa Kata Tanya
Contoh:
Kereta api dengan komuter berbeza?
|
OBOR BAHASA 6
|
Kata majmuk ialah perkataan yang terdiri daripada dua atau lebih kata
dasar yang mempunyai maksud yang tersendiri. Apabila digabungkan, perkataan
tersebut akan membawa satu maksud yang lain.
Contohnya: jalan raya, merah jambu, makan hati, antarabangsa dan telefon dail terus.
Ada kata majmuk yang dieja
terpisah dan ada yang dieja secara bercantum.
|
OBOR BAHASA 7
|
Kata
penegas berfungsi memberikan penekanan
pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.
Contoh kata penegas ialah -kah, - tah, -lah, juga, jua, pun, sahaja, lagi, hanya dan memang.
Contoh ayat:
1. Orang
itulah bapanya.
2.
Budak-budak memang suka akan permainan itu.
3. Kami juga
ingin ke pekan.
|
OBOR BAHASA 8
|
Kata
penguat ialah perkataan yang berfungsi
untuk menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif. Kata penguat ada
tiga jenis, iaitu:
1. Kata
penguat hadapan
-
yang letaknya
di hadapan frasa atau kata adjektif.
Contohnya: terlalu, paling, agak, begitu, cukup, makin,
kurang.
1.
Masakan ibunya paling sedap.
2. Kata
penguat belakang
- yang letaknya di belakang
kata adjektif.
Contohnya: sekali, benar, nian, betul.
1.
Lambat benar bas itu tiba.
2. Indah nian istana bunian.
3. Kata
penguat bebas
-
yang letaknya
sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif.
Contoh: amat, sangat, sungguh.
1. Pakaian seragam pasukan
tentera itu amat kemas.
Pakaian seragam pasukan
tentera itu kemas amat.
|
OBOR BAHASA 9
|
||||
Kata
Hubung ialah kata penyambung ayat, iaitu sejumlah perkataan yang bertugas
menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat
yang berlapis.
|
OBOR BAHASA 10
|
Kata Pemeri
· Kata pemeri ialah digunakan
di hadapan frasa nama.
Contoh:
Karpel ialah organ pembiakan betina.
· Kata pemeri adalah digunakan
di hadapan kata nafi, frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Contoh:
Fakta tentang bunga itu adalah tepat dan terkini.
Sumbangan beliau adalah
dari segi peningkatan ekonomi rakyat luar Bandar.
Peringatan:
Sebenarnya, kurang
digalakkan dalam pembentukan ayat bahasa Melayu. Kata pemeri juga tidak boleh
hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja.
Contoh:
1.
Adalah dimaklumkan
bahawa kerja gotong-royong itu dibatalkan. (X)
Dengan ini dimaklumkan bahawa kerja
gotong-royong itu dibatalkan. ( / )
|
OBOR BAHASA 11
|
Kata ganda ialah kata dasar yang diulang, sama ada dalam bentuk yang
penuh (buku-buku), berima atau
berentak (kusut-masai) dan separa (lelaki).
|
OBOR BAHASA 12
|
Kata Pembenda:
Bentuk kata (-nya) yang digunakan
selepas sesuatu perkataan. Dengan penggunaan “-nya”, perkataan bukan daripada golongan kata nama dapat ditukar
menjadi kata nama.
Contoh: unik (kata adjektif) + (-nya) = uniknya (kata nama)
1.
Uniknya bangunan rekaan
arkitek muda itu.
2. Dia berhujah dengan lantangnya.
|
OBOR BAHASA 13
|
Kata Pangkal Ayat ialah perkataan yang hadir di
bahagian hadapan ayat yang menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana.
Contoh: hatta, maka, syahadan, adapun, kalakian,
sebermula, alkisah dan arakian.
Perkataan ini umumnya digunakan dalam bahasa Melayu lama.
1. Hatta
istana itu pun siaplah.
2. Arakian
bersemayamlah baginda di istana baharu itu.
3. Kalakian
berlakulah permusuhan antara kedua-dua kerajaan itu.
|
OBOR BAHASA 14
|
1.
Kata kerja transitif (KKT) ialah kata
kerja yang mesti diikuti oleh objek untuk
melengkapkan maksud.
Contoh: menjahit, memotong dan membuka
Suhana menjahit baru kurung.
2.
Kata kerja tak transitif ialah kata
kerja yang tidak memerlukan objek
selepasnya.
Contoh: duduk, pergi dan berdoa
Semua
tetamu boleh duduk.
|
OBOR BAHASA 15
|
Kata nafi bertugas menafikan frasa nama, frasa kerja, frasa
adjektif, dan frasa sendi nama dalam predikat.
Kata
nafi juga hadir sebelum frasa nama,
frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama. Ada dua kata nafi, iaitu bukan dan tidak.
Kata nafi bukan menjadi unsur nafi frasa
nama dan frasa sendi nama.
Contoh: 1. Kereta api itu bukan dari Ipoh.
2. Makanan itu bukan untuk Ratna.
Walau bagaimanapun, kata
nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika membawa
maksud pertentangan maklumat.
Contoh: 1. Pak Ali bukan kaya sangat, tetapi pemurah orangnya.
Kata nafi tidak ialah unsur nafi bagi
frasa kerja dan frasa adjektif.
Contoh: 1. Kenyataan itu tidak benar.
2. Bapanya tidak turun ke sawah hari ini.
|
OBOR BAHASA 16
|
Kata Penekan
Kata yang memberi penegasan kepada
kata yang bergabung dengannya.
Contoh:
1.
Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis.
2.
Pokok durian itu nampaknya akan berbuah lebat.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan