PUISI SEKOLAH RENDAH

Dengarkan Irama NAZAM


Dengarkan Contoh Irama SELOKA.


Contoh nazam dalam Unit 11 yang bertajuk “Nazam Kecanggihan Ilmu”
Cuba murid-murid perhatikan, bunyi suku kata hujung di setiap baris dalam rangkapnya mempunyai bunyi yang sama.


Nazam Kecanggihan Akal.

Hidup kita ini memerlukan bekal,
Ilmu pengetahuan itu laksana tangkal.

Tempuhi cabaran cekalkanlah hati anda,
Manfaat akal juga tampilkan wibawa.

Flora dan fauna menghiasi alam semesta,
Menyimpan rahsia kepelikan alam buana.

Flora dan fauna memang penuh keanehan,
Membuat kita sedarkan ilmu pengetahuan.

Di muka bumi ada banyak jenis tumbuhan,
Termasuk juga yang pelik mencabar fikiran.

Aneka bunga hidup subur keliling kita,
Kumpulan maklumat serta kayakanlah minda.

Haiwan melata sama sekali jangan dihina,
Setiap hidupan ada rahsia kejadiannya.

Jelaslah haiwan berfaedah kepada insan,
Cerita silamnya boleh dijadikan teladan.

Membaca jangan sangat ditentukan masa,
Belajar sendiri janganlah sampai dipaksa.

Ilmu pengetahuan perlu dicari sentiasa,
Bersumberkan buku ataupun secara maya.



Mari Bersajak

Indah Negeriku

Negeriku ternama
berseri, indah dan ceria
destinasi utama pilihan hati
para pengunjung tidak jemu
memuji.

Negeriku aman damai
pepohon nyiur melambai
menaungi pasir halus di pantai
tempat pelancong berlibur dan bersantai.

Negeriku aman sentosa
warganya bersatu  hidup selesa
menjalin harmoni rukun muafakat
di bawah naungan raja berdaulat.


Mestamu bermaksud melagukan sajak tanpa alat muzik. Aktiviti mendeklamasikan sajak seumpama ini dapat menambah daya tarikan dan kesan penghayatan terhadap sajak serta deklamasi sajak.

Unit 7: Seronoknya Melancong




Mari Bersyair


Perjuangan Menebus Kedaulatan

Dengarlah tuan saya bercerita,
Datuk Bahaman yang kita cintai,
Mengorbankan diri dan juga harta,
Bagi melihat peribumi bertakhta.

Duka nestapa tidak terkira,
Melihat pusara sanak-saudara,
Penjajah durjana punya angkara,
Tanpa sedikit sifat manusia.

Di hati tuan telah terpahat,
Hendak digembleng segala kudrat,
Segala senjata terus diangkat,
Bagi menghalau penjajah keparat.

Bertahun-tahun tuan berjuang,
Menegakkan keadilan di bumi Pahang,
Untuk anak-anak yang akan dating,
Agar hidup senang dan lapang.

Tidak terbalas jasamu tuan,
Walaupun emas dilimpahkan,
Hanya doa yang kami pohonkan,
Rohmu bahagia di sisi Tuhan.


Ciri-ciri Syair


·       Tiada pembayang maksud.
·       Semua baris merupakan maksud syair.
·       Bunyi hujung setiap baris adalah sama.
·       Setiap barisnya mempunyai antara 10 hingga 12 suku kata.

Unit 10: Kesan Sejarah

Tiada ulasan: