Kepentingan Undang-undang dan Peraturan Jalan Raya
Aktiviti: Baca petikan
teks di bawah.
Undang-Undang dan Peraturan
Undang-undang jalan raya ialah akta
yang mewajibkan suatu perlakuan di jalan raya. Peraturan jalan raya pula
merupakan amalan keselamatan yang boleh meningkatkan keselamatan pengguna
semasa di jalan raya.
Sebagai pejalan kaki, kita harus
memilih tempat yang paling selamat untuk melintas. Pastikan kita boleh
melihat kenderaan dari semua arah. Setelah memilih tempat yang paling selamat
untuk melintas, perkara yang wajar dan selamat dilakukan adalah dengan mengamalkan
lima langkah melintas. Pertama, berhenti dan undur selangkah ke belakang.
Kedua, lihat ke kanan dan ke kiri. Ketiga ,dengar arah bunyi kenderaan.
Keempat, fikir sama ada selamat atau tidak. Kelima, melintas dengan
berwaspada. Selain itu, berjalan menghadap trafik dan mematuhi arahan warden
lalu lintas merupakan peraturan yang boleh meningkatkan keselamatan kita
semasa di jalan raya. Perbuatan melintas jalan tanpa menggunakan jejantas
merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang. Jika melintas di lintasan
belang yang tedapat kemudahan lampu isyarat undan, pastiksn melintas hanya
apabila lampu isyarat orang hijau bernyala. Pengguna jalan raya tidak
digalakkan melintas di antara dua buah kenderaan yang diparkir.
Sebagai penunggung basikal pula,
kita harus sentiasa memakai topi keledar basikal untuk melindungi bahagian
kepala daripada tercedera. Menunggang di bahagian kiri jalan sealiran dengan
trafik merupakan perkara yang selamat dilakukan. Kita patut menggunakan
isyarat tangan apabila hendak membelok dan berhenti. Patuhilah semua papan
tanda semasa menunggang basikal di
jalan raya.
Sebagai penumpang kenderaan, kita
haruslah sentiasa memakai tali pinggang keledar. Begitu juga jika turun dari
bas, pastikan bas beredar dengan sepenuhnya sebelum melintas jalan raya.
Semua pengguna jalan haruslah
bertanggungjawab akan keselamatan diri sendiri. Pastikan sentiasa mamakai
pakaian berwarna cerah atau terang untuk meningkatkan kebolehlihatan pada
bila-bila masa. Undang-undang dan peraturan jalan raya haruslah sentiasa
dipatuhi.
|
Pendidikan Keselamatan
Jalan Raya Tahun 6
Latihan 2: Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar.
1. ____________________________________________________________________
2. ____________________________________________________________________
3. ____________________________________________________________________
4. ____________________________________________________________________
5. ____________________________________________________________________
Latihan 3: Teliti dan berikan penerangan tentang gambar-gambar di bawah.
Latihan 4: Tulis lima pengajaran yang kamu peroleh daripada teks di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Ibu meminta Fauzan pergi ke kedai runcit untuk membeli barang. Dia berjalan
kaki walaupun dia mempunyai basikal. Fauzan seorang atlet olahraga. Dia berjalan
kaki untuk mengekalkan kecergasannya. Dia berjalan di bahu jalan dan
menentang arus lalu lintas. Semasa hendak melintas Fauzan ternampak seorang
buta ingin melintas jalan. Fauzan kasihan melihat orang buta itu. Dia pun
memimpin lelaki itu menyeberang jalan. Fauzan menggunakan lintasan pejalan
kaki semasa melintas. Fauzan memastikan tiada kenderaan yang lalu dengan
memandang ke kanan dan ke kiri jalan sebelum melintas jalan. Apabila sampai di kedai runcit, Fauzan pun membeli barang yang telah dipesan oleh ibunya. Fauzan
memastikan semua barang yang dipesan oleh ibunya telah dibeli. Dia melihat
catatan yang telah dibuatnya. Setelah selesai, Fauzan terus pulang ke rumah. Dia
memulangkan baki wang kepada ibunya. Dia berasa gembira kerana dapat menolong
ibunya. Ibu Fauzan mengucapkan terima kasih kepada Fauzan.
|
Latihan daripada Cikgu Anna Su. Selamat mencuba….
Isi silang kata di bawah berdasarkan maklumat yang
diberikan.
1.
|
1.
|
3.
|
5.
|
||||||||
4.
|
|||||||||||
2.
|
|||||||||||
2.
|
|||||||||||
3.
|
|||||||||||
4.
|
|||||||||||
5.
|
|
MELINTANG
|
NO
|
MAKLUMAT
|
1.
|
Najmi mengucapkan
salam kepada Cikgu Munirah.
|
2.
|
Encik Zamri membelikan
kasut yang sama warna untuk anak-anaknya.
|
3.
|
Kamal hanya berdiam
diri apabila diejek oleh rakan-rakannya.
|
4.
|
Hairi dan
rakan-rakannya melawat Muzium Tentera yang terletak di Melaka.
|
5.
|
Emak menjaga adik yang
demam sejak semalam lagi.
|
|
MENEGAK
|
NO
|
MAKLUMAT
|
1.
|
Salwa selalu mengulang
kaji pelajaran di pusat sumber.
|
2.
|
Amri mengikut arahan
gurunya agar tidak bermain di dalam kelas.
|
3.
|
Aminah memberi ruang
kepada Marsiah untuk mengambil buku di rak itu dahulu.
|
4.
|
Farhana kasihan
melihat kucing yang terjatuh ke dalam longkang itu.
|
5.
|
Cikgu Zubir memberi
peluang kepada muridnya.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan