Isnin, 3 Disember 2012


 APA ITU MORFOLOGI


Morfologi ialah ilmu mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.

Untuk lebih jelas:


1. Struktur kata
membesar   (betul)
besarmem   (salah)

MORFOLOGI
2. Bentuk kata
jalan          (tunggal)
berjalan      (terbitan)

3. Golongan kata
sedih      (golongan kata adjektif)
menyedihkan      (golongan kata kerja)
Seterusnya, Cikgu Anna Su huraikan secara ringkas untuk lebih mudah difahami. Berikut ialah penggolongan kata;

Kata Nama
Kata Nama Am
Kata Nama Khas
Kata Ganti Nama

Kata Kerja
Kata Kerja Transitif
Kata Kerja Tak Transitif




Kata Adjektif
Kata Adjektif Sifatan atau Keadaan
Kata Adjektif Warna
Kata Adjektif Ukuran
Kata Adjektif Bentuk
Kata Adjektif Waktu
Kata Adjektif Jarak
Kata Adjektif Cara
Kata Adjektif Perasaan
Kata Adjektif Pancaindera





Kata Tugas
Kata Hubung
Kata Seru
Kata Tanya
Kata Perintah
Kata Pembenar
Kata Pangkal Ayat
Kata Bantu
Kata Penguat
Kata Penegas
Kata Nafi
Kata Pemeri
Kata Sendi Nama
Kata Arah
Kata Bilangan
Kata Adverba
Kata Penekan
Kata Pembenda

Pengalaman Cikgu Anna Su mengajar bahasa, didapati murid-murid sering melakukan kesalahan menggunakan kata sendi nama “dari” dan “daripada” dalam ayat. Kebanyakan murid hanya memafami penggunaan kata sendi nama “dari” untuk tempat dan masa.

Penggunaan kata sendi nama “dari” adalah seperti;


·        menunjukkan tempat atau arah
·        dari arah selatan
·        dari penjuru padang
·        dari sudut ekonomi
·        dari sudut kanan
·        dari mana?
·        menunjukkan waktu atau masa
§  dari tarikh
§  dari pukul tiga
§  dari kurun ke-19

Penggunaan kata sendi nama “daripada” adalah seperti;

§  menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda dan unsur mujarad
·        daripada beruangnya
·        daripada kerajaan
·        daripada muntah lembu
§  menyatakan maksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda
·        daripada logam
·        daripada perbincangan
·        daripada ibu bapa dan guru
§  menunjukkan perbezaan atau perbandingan
·        daripada edisi
·        daripada 37’C kepada 39’C




UJI MINDA ANDA

Tiada ulasan: