PERISTIWA

CEMERLANG UPSR 2012.



Anak-anak didik kesayanganku bergambar kenangan setelah menerima keputusan UPSR.

TAHNIAH! Cikgu Anna Su rasa gembira dan bersyukur kalian telah berjaya. Duduk dari kananSuwaibah Amaani, Nur Aina Mumtazah dan Nur Nabiha SolehahBerdiri dari kananMuhammad Najmi, Muhammad Amirul Hazim, Abdul Hakim, Ashraf dan Ilham Hakim.





PENUTUP ANUGERAH NILAM PERINGKAT SEKOLAH 2012.


NILAM ialah singkatan bagi Nadi Ilmu Amalan Membaca. Program NILAM dilaksanakan untuk mengelakkan generasi masa depan daripada menjadi seperti katak di bawah tempurung. Ia merupakan program utama sekolah SK. Raja Perempuan Muzwin. Anugerah Nilam ini adalah untuk menghargai tabiat membaca, melahirkan tokoh murid yang banyak membaca, berketerampilan dan memiliki sikap kepimpinan. Anugerah ini juga bertujuan untuk menampilkan murid yang mengamalkan ciri pembacaan yang berkualiti.


Unit 3: Murid Cemerlang.




Guru Besar menyampaikan hadiah penghargaan berupa plak dan sijil kepada murid-murid yang menerima anugerah nilam 2012...






      Murid-murid bergambar kenangan...






MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2012.




Hari ini, Sabtu, 3 November 2012...bermula pukul 8.30 pagi, sekolahku, SK Raja Perempuan Muzwin mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang...




Anak-anak di bawah bimbinganku membuat latihan terakhir sebelum membuat persembahan di atas pentas...








Anak-anak didikku gembira bergambar selepas majlis selesai...









4 ulasan:

Unknown berkata...

Hari ANugerah yang meriah

Unknown berkata...

Tahniah juga buat murid-murid cemerlang 5A dari ustazah Shima. Tahniah dan penghargaan tak terhingga juga buat Cikgu Anna Su yang senantiasa berkorban masa dan tenaga, jiwa dan raga mendidik anak-anak didik sehingga Bahasa Melayu mencapai peratus cemerlang!

Unknown berkata...

Terima kasih dan TAHNIAH sayangku Aina kerana memperoleh 5A UPSR. Jangan lupa cikgu apabila sudah di sekolah menengah.

Unknown berkata...

Assalamualaikum teman yang ku hormati. Usaha kita bersama-sama dan dengan izinNYA. Syukur alhamdulillah.