KONGSI INFO SANTAI





Assalamualaikum. Sebenarnya, salah satu makanan kegemaran Cikgu Anna Su ialah donut 'Big Apple'. Hari ini Cikgu Anna Su terjumpa donut mini 'Big Apple'. Comelnya. Ada 9 ketul donut dalam satu bekas yang berharga RM11. Apa? Beli di mana? Emm...Cikgu Anna Su beli donut ini di Tesco, Taiping. 



Walaubagaimanapun,  anak-anak perlu mengambil pelbagai jenis makanan untuk membesar, bergerak, bermain, berfikir dan belajar.


PANDUAN MAKAN SECARA SIHAT
·        Nikmati pelbagai jenis makanan daripada pelbagai sumber nutrient (zat makanan)

·        Seimbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal yang lazim dilakukan.

·        Lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.

·        Pilihlah makanan yang rendah lemak dan kolesterol.

·        Kurangkan penggunaan garam dalam makanan.

·        Pilih makanan yang rendah kandungan gula.

·        Minum air sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas atau 1.5 hingga 2.5 liter sehari.

(Dipetik dan diubah suai daripada poster Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)

Unit 9: Makanan Dijaga Kesihatan Terpelihara...


Cikgu Anna Su suka makan buah apa? Jawapannya: Cikgu Anna Su suka makan buah durian belanda. Anak-anak pernah makan buah ini tak? Buah ini sukar ditemui kecuali di tempat jualan buah-buah kawasan hentian rehat dan rawat lebuh raya. Bagaimana rasanya? Emmm….kalau nak tahu, anak-anak rasalah sendiri ya.                    



















Apa yang penting, anak-anak perlu tahu ialah khasiat dari buah ini memberikan kesan anti tumor/kanser dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus, berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.




21 NOVEMBER 2012 – RABU
Apa khabar anak-anak cikgu hari ini? Hari ini Cikgu Anna Su hendak berkongsi maklumat tentang lawatan singkat cikgu ke Shah Alam. Antara tempat yang Cikgu Anna Su lawati ialah kilang roti  Gardenia yang terletak di Seksyen 23, Shah Alam. 




Beberapa info yang hendak cikgu kongsikan adalah;

·    Sebuku roti jumbo mengambil masa selama 8 jam untuk siap diproses.
·    Roti yang rosak semasa melalui proses pembuatan akan dihancurkan dan dijual kepada pengilang membuat makanan haiwan dan dihantar ke zoo untuk dijadikan makanan haiwan.
Baguskan…..ada proses kitar semula.
·   Oven yang digunakan untuk membakar adunan doh roti adalah sepanjang dua gelanggang badminton.




Roti merupakan sajian mudah untuk anak-anak ambil sebagai sarapan pagi sebelum ke sekolah. Mudah sebab anak-anak boleh sediakannya sendiri. Betul tak? Jangan lupa….anak-anak perlu alas perut sebelum ke sekolah. Barulah bertenaga dan boleh belajar dengan ceria.


01 DISEMBER 2012 - SABTU
Sudah hampir tiga minggu cuti sekolah berlalu dan sudah lama juga Cikgu Anna Su tidak bercerita dengan anak-anak. Betul tak? Maklumlah, Cikgu Anna Su sibuk menyiapkan assignment. Lega rasanya apabila sudah disiapkan. Anak-anak sekalian tolong doakan Cikgu Anna Su lulus dengan baik, ya. OK lah....anak-anak bercuti ke mana? Hari ini,  Cikgu Anna Su meluangkan masa bersama-sama  dengan anak-anak cikgu di Cameron Highlands.... 


Emm...makanan kegemaran Cikgu Anna Su di Cameron Highlands ialah strawberi coklat dan skon yang terdapat di ladang Strawberi Al-Mashoor di Kampung Sedia lebih kurang 2.5 KM dari Tanah Rata.

Tiada ulasan: