Indahnya Bahasa
Pantun merupakan sejenis puisi tradisional Melayu ciptaan terbaik, milik
masyarakat Melayu yang diwarisi dari zaman ke zaman. Dengan bentuknya yang
padat dan kemas, pantun sering jadi pilihan dalam pelbagai acara kerana
keistimewaannya menggambarkan kehalusan serta keprihatinan masyarakat Melayu
terhadap alam dan ruang lingkup budayanya yang mencerminkan peribadi dan sifat
terpuji orang-orang Melayu.
Pantun dicipta sebagai suatu pengucapan untuk
menyampaikan fikiran dan perasaan terhadap seseorang atau mengenai sesuatu
perkara, malahan pantun digunakan juga untuk menyindir, berjenaka, memberi
nasihat dan berhibur. Dari dahulu hingga kini pantun sering menjadi pemanis
kata dalam sesuatu majlis dan upacara rasmi. Dalam majlis rasmi atau majlis
merisik, meminang dan perkahwinan, pantun diucapkan untuk melahirkan rasa kasih
sayang,rindu dendam, kias ibarat dan kegembiraan. Pantun menjadi salah sebuah puisi Melayu lama
yang dapat memberikan warna-warna perasaan dangan lebih berkesan.
Orang berbudi
Kita
berbahasa…
Terbang burung dari
selatan,
Dipuput angin sangga bayu;
Bukalah surat
dari lipatan,
Lihatlah
pantun bahasa Melayu.
Ada padi adalah beras,
Bertanak nasi periuk tembaga;
Ada budi
adalah balas,
Orang
berbudi kita berbahasa.
Anak itik pandai menari,
Anak angsa terlompat-lompat;
Rupa cantik dapat dicari,
Budi bahasa mana nak dapat.
Budi bahasa mana nak dapat.
Ayam hutan terbang ke
hutan,
Tali
tersangkut pagar berduri;
Adik
bukan saudara bukan,
Hati
tersangkut kerana budi.
Dari Daik pulang ke Daik,
Sehari-hari
berkebun pisang;
Budi
baik dibalas baik,
Dalam
hati dikenang orang.
Burung pipit burung
kedidi,
Hinggap di pokok di tepi sawah;
Hinggap di pokok di tepi sawah;
Jika hidup
tidak berbudi,
Ibarat
pokok tidak berbuah.
Bandar baru Seberang
Perai,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur
badan tulang bercerai,
Budi
yang baik dikenang juga.
Tegak rumah kerana sendi,
Runtuh sendi rumah binasa;
Runtuh sendi rumah binasa;
Sendi
bangsa ialah budi,
Runtuh budi runtuhlah bangsa.
Tingkap papan kayu bersegi, Runtuh budi runtuhlah bangsa.
Sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.
Kalau ada jarum yang patah,
Jangan simpan di dalam peti;
Kalau
ada silap sepatah,
Jangan simpan di dalam hati.
Jangan simpan di dalam hati.
Kita merasa ...
6 ulasan:
Salam, blog ini sungguh menarik.
Wah,blog yang menarik!Syabas!
Tahniah.Blog yang menarik terutamanya :vidoe yang sudah tentu akan menjadi tarikan utama
Assalamualaikum Yus,terima kasih atas komen dan sokongan yang diberi.Mungkin Yus boleh beri idea yang lebih baik lagi.
Terima kasih saudari. Maaf lambat membalas.
Assalamualaikum Sikin. Terima kasih kerana meninggalkan komen. Sama-sama kita kongsi, ok.
Catat Ulasan