Khamis, 29 November 2012


BACAAN LUAS

Di ruangan ini, Cikgu Anna Su ingin mengajak murid-muird  membaca satu contoh  karangan biografi tentang seorang tokoh ilmuan. Di samping itu, murid-murid dapat menambah pengetahuan am. 
















Karangan Biografi.

Tokoh Ilmuan Bahasa yang Saya Kagumi

     Negara kita tidak kurang tokoh yang sudah mencipta nama dalam bidang masing-masing. Dalam bidang bahasa, nama Profesor Dr. Haji Awang bin Sariyan bukanlah nama yang asing. Saya amat mengagumi ketokohan beliau itu.
     Dr. Awang Sariyan dilahirkan di Kampung Teluk Kerang, Pontian, Johor pada 20 Oktober 1953. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Teluk Kerang. Kemudian beliau bersekolah menengah di Sekolah Menengah Teluk Kerang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, Johor Bahru.
     Minat dan ketokohan Dr. Awang dalam bidang bahasa terbukti apabila beliau diberi peluang menjadi tutor sambilan sewaktu menuntut dalam tahun tiga di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Ketika itu beliau diminta membantu Pak Asraf atau Asraf bin Abdul Wahab mengajarkan bidang tatabahasa bahasa Malaysia kepada mahasiswa UKM.
     Dr. Awang memperoleh ijazah Sarjana Muda Persuratan dengan kepujian, Diploma Pendidikan dari UKM. Beliau meneruskan pengajian pada peringkat sarjana dan doktor falsafah di Universiti Malaya (UM). Dalam lapangan kerjaya, beliau pernah bekerja di syarikat penerbitan swasta. Beliau kemudiannya bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai pegawai penyelidik. Di DBP, Dr. Awang menjadi editor Jurnal Dewan Bahasa.
     Kerjaya Dr. Awang Sariyan adalah berkaitan dengan bidang yang menjadi minat beliau. Beliau pernah menjadi pensyarah sambilan bidang Penguasaan Bahasa di UM, pensyarah Bahasa Malaysia di Universiti Pertanian Malaysia dan pensyarah Bahasa Malaysia di Universiti Islam Antarabangsa.
     Tokoh bahasa ini telah mengasilkan ratusan makalah, puluhan kertas kerja dan buku ilmiah dalam bidang bahasa. Beliau juga telah menerima pelbagai anugerah, termasuklah Hadiah Bahasa pada tahun 1985. Beliau juga ialah Presiden Persatuan Linguistik Malaysia.
     Ketokohan Dr. Awang Sariyan memang saya kagumi. Beliau yang pernah menjadi Pengarah Jabatan Bahasa, DBP, Profesor Linguistik di Universiti di Universiti Putra Malaysia dan di Akademik Pengajian Melayu Universiti Malaya ini telah menyumbangkan fikirannya untuk memajukan bahasa Malaysia di Nusantara.



Selasa, 27 November 2012


MUDAHNYA MENGARANG






Hari ini kita belajar  membezakan  isi penting dengan isi sampingan dalam penulisan karangan. Cikgu Anna Su memilih tajuk  “Kegunaan Hasil Hutan”

Langkah pertama, catatkan antara hasil hutan yang menjadi sumber pendapatan:
*      madu lebah
*      rotan
*      buluh
*      damar

Seterusnya, kita akan merangka perenggan isi iaitu menghuraikan isi utama.

Perenggan

Isi Penting

Isi Sampingan
2
Madu lebah menjadi sumber pendapatan.
1. Madu lebah dijual dengan harga yang tinggi.
2. Madu lebah digunakan dengan meluas dalam 
    bidang perubatan dan dijadikan bahan masakan.
3
Rotan menjadi sumber rezeki.
1. Rotan amat berguna dalam industry pembuatan
    perabot di Negara kita.
2. Harga perabot rotan bergantung pada jenis rotan 
    yang digunakan.
4
Buluh merupakan sumber pendapatan.
1. Terdapat pelbagai jenis buluh seperti buluh 
     tumpat dan buluh betung.
2. Di Negara kita bnayak kraf tangan yang 
    dihasilkan daripada buluh.
5
Damar juga penyumbang rezeki.
1. Damar ialah bahan berupa getah keras yang
    diperoleh daripada beberapa jenis pokok.
2. Damar merupakan bahan penting dalam 
    pembuatan batik.


Cikgu Anna Su harap murid-murid  lebih jelas sekarang bagaimana hendak membina perenggan isi berpandukan isi penting dengan isi sampingan.



click to create your glitter text


7 KAEDAH  MENCUCI  TANGAN  DENGAN  BETUL



1.     Letak sabun dan air yang secukupnya
        di atas tapak tangan.



                     Gosok tapak tangan              .2


3.     Gosok setiap jari dan di celah-celah
        jari.



          Gosok kuku di atas tapak tangan          .4







5.       Gosok belakang tangan.




        Bilas dengan air sehingga bersih      .6


7.     Keringkan tangan dengan kain yang
        bersih.


TAYANGAN VIDEO



AKIBAT  TANGAN  TIDAK  DICUCI  DENGAN  BETUL












Bagaimana? Adakah murid-murid Cikgu Anna Su masih berdegil tidak mahu mencuci tangan dengan bersih? Sekarang, cuba jawab soalan-soalan berikut. Selamat mencuba.



Khamis, 22 November 2012


click to create your glitter text

click to create your glitter text
 Cara Menunggang Basikal Yang Selamat




















      Jangan menunggang secara bersaing.










Pastikan saiz basikal sesuai dengan penunggang.



















Hendaklah memberi isyarat tangan ketika hendak membelok.




 Memakai pakaian pantul cahaya ketika menunggang pada waktu malam.



Tidak menunggang dengan laju.





Tidak menunggang dengan aksi yang berbahaya.



Adzeezul menuntun basikalnya ketika menuruni bukit.



Izzat menuntun basikalnya ketika berada di kawasan sekolah.


Latihan Uji Minda: Teliti gambar dan jelaskan maksud yang tersurat  
                               dan tersirat.


Pakaian Keselamatan Penunggang Basikal






                                                    BETUL                  SALAH


















Penunggang basikal dinasihatkan memakai pakaian pantul cahaya ketika berbasikal pada waktu malam atau pakaian yang berwarna cerah seperti warna putih. Di samping itu, pastikan juga basikal anda mempunyai lampu hadapan dan belakang. 'Pandu Cermat Jiwa Selamat'.





Basikal  Yang  Selamat  Ditunggang Oleh Pelajar


















Basikal yang selamat ditunggang semestinya basikal yang mempunyai brek dan pedal. Pastikan juga basikal mempunyai tongkat supaya boleh diparkir dengan elok. Seterusnya, pastikan basikal anda dikunci supaya selamat apabila ditinggalkan.






Sejarah asal usul basikal
http://kaccrmaf.blogspot.com/2010/03/asal-usul-basikal.html








Simbol Papan Tanda Yang Perlu Dipatuhi













        Beri laluan                                                                                 Dilarang masuk





          










             Jejantas                                                                                Pejalan kaki





      









        Dilarang membelok                                                         Laluan sempit di hadapan 
















 Laluan terus di hadapan                                                               Laluan pejalan kaki
















        Lampu isyarat                                                                          Simpang empat


















            Simpang tiga                                                                   Berhenti