Baiklah, hari ini, Cikgu Anna Su hendak berkongsi cara menulis karangan dengan menghubungkaitkan isi utama dengan isi sampingan menggunakan penanda wacana untuk menghasilkan perenggan yang koheren dan kohesi.
Isi utama:
* Azli sekeluarga bercuti di Cameron Highlands.
* Berkunjung ke MARDI di Tanah Rata.
* Daftar keluar hotel pada pukul 12.30 tengah hari.
Isi sampingan:
|
* Pukul 2.00 petang singgah di Hentian Rehat dan Rawat Tapah.
* Sayur-sayuran seperti kubis dan tomato ditanam di bawah bumbung plastik.
* Dalam perjalanan pulang, singgah di ladang teh.
Menghubungkan isi utama dengan isi sampingan:
Kami bertolak ke Cameron Highlands pada pukul 9.00 pagi. Pada pukul 11.15 pagi, kami singgah di Hentian Rehat dan Rawat Dengkil lalu bersarapan roti canai dan minuman panas.
Seterusnya, kami meneruskan perjalanan dan pada pukul 2.00 petang, kami singgah di Hentian Rehat dan Rawang Tapah untuk makan, bersolat dan berehat. Setelah kira-kira dua jam di Tanah Rata, kami pun mendaftar masuk hotel di Brinchang.
Kami sekeluarga berkunjung ke Stesen Penyelidikan Pertanian (MARDI) di Tanah Rata. Di sini, kami kagum apabila melihat pihak MARDI memajukan penanaman sayur-sayuran dan bunga-bungaan beriklim sejuk. Antara sayur-sayuran di situ ialah kubis dan tomato yang ditanam di bawah bumbung plastik. Kemudian, kami berkunjung ke tempat penanaman strawberi dan bunga mawar di sekitar Brinchang.
Kami mendaftar keluar dari hotel pada pukul 12.30 tengah hari. Dalam perjalanan pulang, kami singgah di lading the. Ibu dan ayah membeli sayur-sayuran, manakala kakak membeli beberapa kuntum teluki. Melalui jalan-jalan yang berliku memang meletihkan tetapi pengalaman itu tetap menarik.
Akhirnya, kami singgah berehat di Hentian Rehat dan Rawat Tapah sebelum meneruskan perjalanan pulang. Kami tiba di rumah pada pukul 8.20 malam.
Sumbangan bahan daripada CIKGU ROSDI BIN MAT DIAH untuk dikongsi bersama.Cikgu Anna Su berharap agar slaid ini dapat membantu anak-anak belajar menulis.Ia juga boleh dijadikan bahan rujukan kepada ibu bapa.

KARANGAN
BERFORMAT
|
KARANGAN TIDAK
BERFORMAT
|
·
Surat Kiriman Rasmi
·
Surat Kiriman Tidak Rasmi
·
Ucapan
·
Syarahan
·
Dialog / Temuramah / Perbualan / Wawancara
·
Berita
·
Catatan Diari
·
Laporan
·
Perbahasan
·
Jemputan
|
·
Karangan Rangsangan Bergambar / Rangsangan Kata
·
Karangan Pengalaman / Cerita / Gambaran / Situasi
·
Karangan Fakta / Penerangan
·
Karangan Perbincangan
·
Karangan Melengkapkan Cerita
·
Karangan Autobiografi / Biografi
·
Karangan Peribahasa
|
KARANGAN CATATAN
Panduan Umum
Contoh karangan: (lebih dari sehari) Pada cuti sekolah yang lalu, Azli sekeluarga berkunjung ke Cameron Highlands. Baca catatan yang ditulis oleh Azli.
Isnin,
26 Mei 2012
Bertolak
ke Cameron Highlands pada pukul 9.00 pagi. Pukul 11.15 pagi singgah di
Hentian Rehat dan Rawat Dengkil. Bersarapan roti canai dan minuman panas
sebelum meneruskan perjalanan. Singgah di Hentian Rehat dan Rawat Tapah pada
pukul 2.00 petang. Makan tengah hari, bersolat dan berehat. Setelah kira-kira
dua jam berada di Tanah Rata, daftar
masuk hotel di Brinchang.
Selasa, 27 Mei 2012
Berkunjung
ke Stesen Penyelidikan Pertanian (MARDI)
di Tanah Rata. Hebatnya Malaysia, turut memajukan penanaman sayuran-sayuran
dan bunga-bungaan beriklim sejuk. Sayur-sayuran seperti kubis dan tomato
ditanam di bawah bumbung plastik. Turut melawat ke tempat tanaman strawberi
dan tempat bunga mawar di sekitar Brinchang.
Rabu, 28 Mei 2012
Daftar
keluar hotel pada pukul 12.30 tengah hari. Dalam perjalanan pulang, singgah
di ladang teh. Semasa di Ringlet, ibu dan ayah membeli sayur-sayuran,
manakala kakak membeli beberapa kuntum bunga teuki. Perjalanan melalui jalan yang berliku memang
meletihkan tetapi pengalaman itu tetap menarik. Singgah berehat di Hentian
Rehat dan Rawat Tapah. Meneruskan perjalanan pulang. Tiba di rumah pada pukul
8.20 malam.
|
KARANGAN
PERBINCANGAN / PENDAPAT
Panduan Umum
·Karangan
jenis perbincangan mempunyai kata kunci yang ketara, iaitu “bincangkan”, “huraikan”,
atau “bersetujukah”.
·Karangan
jenis ini memerlukan kamu menegaskan pendirian yang selari dengan tajuk dalam
bahagian penutup.
·Kata
kuncinya bermula dengan “pada pendapat kamu” atau
“pada pandangan kamu”.
·Kenal
pasti kehendak soalan sama ada kamu diminta membincangkan hujah yang
menyokong tajuk atau membangkang tajuk atau kedua-duanya seperti dalam
karangan yang mempunyai kata kunci “kebaikan” dan
“keburukan”.
Contoh karangan:
Murid-murid
digalakkan membawa bekalan makanan ke sekolah. Bincangkan faedah-faedah
membawa bekalan makanan ke sekolah.
Anis
mengeluarkan bekas makanan yang berisi nasi goreng. Kemudian, dia meletakkan
sebotol air sirap yang dibawanya dari rumah. Anis menikmati bekalan yang dibawanya
di kantin bersama rakan-rakannya pada waktu rehat.
Antara kebaikan membawa bekalan makanan
dan minuman dari rumah seperti yang dilakukan oleh Anis ialah dia tidak perlu
membuang masa beratur di kantin untuk membeli makanan dan minuman. Dia juga
dapat makan dengan selesa tanpa perlu berebut-rebut dengan rakan-rakannya
yang lain.
Selain itu, kita dapat menjimatkan wang
saku yang diberi oleh ibu bapa. Kita dapat menabung wang saku untuk membeli
buku dan peralatan sekolah tanpa menyusahkan ibu bapa.
Dangan membawa bekalan makanan dan
minuman pada setiap hari, murid-murid dapat terhindar daripada kes keracunan
makanan yang sering berlaku di sekolah. Kesihatan murid-murid juga terjamin.
Di samping itu, membawa bekalan makanan
ke sekolah melatih kita menyimpan wang secara rutin. Kita dapat menyemai
sikap berjimat cermat dan membeli barang jika perlu sahaja.
Seharusnya, ibu bapa melatih anak-anak
berjimat cermat dengan membiasakan anak-anak membawa bekalan makanan ke
sekolah. Hal ini bukan sahaja menjimatkan wang, bahkan menjamin kesihatan
anak-anak.
|
KARANGAN AUTOBIOGRAFI
PANDUAN
UMUM
· Karangan jenis ini memerlukan daya kreativiti yang
tinggi untuk menjadikannya lebih menarik.
· Autobiografi bermaksud penulisan karangan tentang
sesuatu benda atau haiwan yang diberi nyawa dan perasaan seperti manusia.
Contohnya, Aku Sebuah Basikal.
· Unsur nilai murni dan pengajaran yang disisipkan secara
tidak langsung menjadikan karangan ini lebih menarik.
· Isi karangan mestilah logic, munasabah, serta berkaitan
dengan tajuk.
Contoh karangan:
Tulis
karangan yang bertajuk “Aku Sebuah Kamus”.
Aku bersyukur kerana dilahirkan sebagai
sebuah kamus. Namaku Kamus Dewan Pelajar. Badanku berbentuk empat segi. Aku
tidak mempunyai kaki mahupun tangan. Badanku setebal empat sentimeter. Aku
dilahirkan di sebuah kilang percetakan di Kuala Lumpur.
Rumah kedua aku ialah Kedai Buku
Popular. Wah, banyak betul rakanku di kedai ini! Mereka ialah rakan kamusku.
Aku ditempatkan sederet dengan rakan kamus daripada pelbagai syarukat
penerbitan. Setelah berada dua bulan di kedai buku tersebut, aku dibeli oleh
seorang murid perempuan bernama Yu Shi Ting dengan harga RM28 senaskhah.
Rumah ketigaku adalah di rumah tuan
baruku. Aku diletakkan di atas rak buku di dalam biliknya. Yi Shi Ting
seorang murid yang rajin. Dia selalu menggunakanku untuk merujuk perkataan
yang sukar. Kadangkala Yu Shi Ting membawaku ke sekolah.
Cikgu Debby Kong selalu memuji sikap Yu
Shi Ting yang membawa kamus ke sekolah. Aku memerhatikan tidak ramai murid
yang membawa kamus ke sekolah. Jika aku boleh bercakap sudah tentu aku akan
menasihati mereka agar memiliki sebuah kamus untuk meningkatkan kefahaman
perbendaharaan kata.
Kini, Yu Shi Ting telah menamatkan
pelajarannya di universiti. Namun, aku tetap menjadi pembantu setianya
walaupun dia sudah memiliki kamus lain. Aku adalah antara sahabat lamanya
yang paling dihargai. Aku berjanji akan tetap memberikan khidmat yang terbaik
untuknya.
|
KARANGAN SYARAHAN
PANDUAN
UMUM
·
Teliti kehendak soalan sama ada memerlukan kamu menulis
karangan syarahan berbentuk pertandingan atau bukan pertandingan.
·
Format isi syarahan terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu:
( i ) Pendahuluan dengan kata alu-aluan
yang sesuai dengan hadirin.
(ii)
Isi-isi syarahan mestilah bernas dan berkaitan dengan tajuk. Dahulukan
isi penting
dan diikuti isi sampingan.
(iii) Penutup syarahan diakhiri dengan
penghargaan, penegasan, ucapan salam dan
terima kasih.
·
Masukkan analogi atau peribahasa supaya hujah kamu
menjadi lebih menarik.
Contoh karangan:
Kamu
diminta untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk “Kepentingan
Disiplin dan Kaitannya dengan Kecemerlangan Murid”.
Sediakan
teks syarahan kamu selengkapnya.
Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis,
guru-guru, rakan-rakan, dan hadirin
yang dimuliakan. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah “Kepentingan
Disiplin dan Kaitannya dengan Kecemerlangan Murid”. Sesungguhnya,
kecemerlangan seseorang murid amat berkait rapat dengan disiplin kendirinya.
Rakan-rakan
yang dihormati,
Cuba kita lihat rakan-rakan kita yang
cemerlang dan ukur pula disiplin mereka. Jawapan yang pasti kita peroleh
ialah murid yang cemerlang mempunyai disiplin diri yang tinggi. Mereka bijak
menguruskan masa, rajin mengulangkaji pelajaran, dan sentiasa mematuhi
peraturan.
Jika kita membandingkan murid yang
cemerlang dengan murid yang sering ponteng sekolah atau murid yang sentiasa
melanggar peraturan sekolah, sudah tentu pencapaian akademik mereka sungguh
berbeza. Murid yang bermasalah tidak berminat untuk mengikuti pelajaran dan
sering mengganggu rakan dan guru. Nilai disiplin mereka berada pada tahap
sifar.
Begitu juga dengan murid yang aktif
dalam kegiatan kokurikulum jika mereka bijak membahagikan masa sudah tentu
mereka juga boleh berjaya. Hal ini kerana disiplin diri yang tinggi dapat
menjamin kejayaan.
Perbezaan latar belakang tidak menjadi
ukuran, sama ada murid itu datangnya daripada golongan kaya atau miskin. Jika
mereka mempunyai disiplin yang tinggi, mereka pasti akan berjaya. Murid yang
berdisiplin amat disenangi guru-guru dan rakan-rakan. Mereka bersifat amanah
dan bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan.
Warga
dewan yang budiman,
Sesungguhnya, nilai disiplin dan
kecemerlangan amat berkaitan dalam membentuk insan murid. Gilaplah nama kita
sebagai murid yang cemerlang dan berdisiplin kerana “harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”.
|
KARANGAN TINDAKAN
PANDUAN
UMUM
· Kamu mesti jelaskan sekurang-kurangnya empat tindakan
yang kamu lakukan berhubung dengan tajuk yang dikemukakan.
· Gunakan kata kerja yang menggambarkan tindakan pelaku;
seperti melaporkan, mencadangkan,
menghubungi, mendapatkan maklumat, bermesyuarat dan sebagainya.
·Lebih banyak tindakan adalah lebih baik.
Walaubagaimanapun, tindakan yang diambil mestilah logik dan bersesuaian
dengan tajuk.
·
Susun peristiwa yang berlaku mengikut urutan.
· Pada bahagian penutup, cerita hendaklah diselesaikan
hingga akhir dan jangan biarkan cerita itu tergantung.
Contoh karangan:
Kamu
telah dirawat di hospital selama dua minggu kerana disahkan oleh doctor
menghidap demam denggi.
Tuliskan
tindakan yang kamu lakukan supaya tidak ketinggalan dalam pelajaran.
Jarum jam seakan-akan tidak bergerak
sepanjang aku berada di wad hospital. Hari pertama berada di hospital
seolah-olah sudah sebulan masa berlalu. Aku telah dimasukkan ke wad hospital
selepas mendapatkan rawatan kerana demam berlarutan. Doctor mengesahkan aku
menghidap demam denggi.
Aku sempat berpesan
kepada ibu sepaya membawakan buku-buku sekolah semasa ibu melawatku
pada tengah hari itu. Aku akan tetap mengulang kaji pelajaran walaupun
keadaan diriku agak lemah. Hal ini demikian kerana peperisaan UPSR hanya
tinggal sebulan.
Aku juga meminta
ibu membawa telefon bimbit kerana aku perlu menghubungi
rakan-rakan untuk bertanyakan hal pelajaran. Aku tidak mahu
ketinggalan dalam pelajaran walaupun sehari.
Selain itu, aku menyuruh
ibu ke rumah Ana untuk membuat salinan nota serta latihan yang diberi
oleh cikgu. Walaupun badanku masih lemah tetapi aku kuatkan semangat untuk
belajar.aku tidak mahu ketinggalan dalam pelajaran.
Hari-hari aku di wad lebih ceria apabila
dikunjungi rakan-rakan sekelas. Dalam pada itu aku turut bertanyakan hal pelajaran kepada mereka. Aku juga meminta jasa baik mereka menghantar tugasan yang
telah aku siapkan semasa berada di wad.
Akhirnya,dua minggu telah berlalu. Aku
keluar dari hospital setelah benar-benar sihat. Aku amat rindu untuk kembali
ke sekolah dan perkara yang paling penting ialah aku dapat mengikuti
pelajaran seperti biasa. Aku akan bertanyakan guru tentang
mana-mana topik yang aku tidak fahami. Sesungguhnya, aku tidak mahu
ketinggalan langsung dalam pelajaran!
|
KARANGAN
LAPORAN
PANDUAN UMUM
·
Laporan yang ditulis bertujuan untuk menyampaikan
maklumat tentang sesuatu peristiwa,
aktiviti, pemerhatian, pameran, dan persediaan
sesuatu majlis.
·
Format laporan bermula dengan tajuk
laporan yang digarisi, pengenalan, isi-isi dan penutup. Pengakuan
pelapor dan tandatangan mesti disertakan. Nama dan jawatan pelapor perlu
dicatat. Nama pelapor ditulis dalam huruf besar.
·
Tarikh laporan ditulis selari dengan frasa “Disediakan
oleh,”.
·
Laras bahasa yang digunakan harus ringkas dan padat.
Contoh
laporan:
Sebagai setiausaha
persatuan, kamu diminta oleh guru penasihat untuk menulis laporan tentang
aktiviti Minggu Bahasa Melayu yang baru sahaja selesai diadakan di sekolah
kamu.
Laporan
Minggu Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang.
Persatuan Bahasa Melayu Sekolah
Kebangsaan Teluk Cempedak telah ,menganjurkan Minggu Bahasa Melayu peringkat
sekolah selama seminggu, iaitu bermula dari 6 April hingga 10 April 2009.
Sempena Minggu Bahasa Melayu itu,
pelbagai acara diadakan seperti syarahan, bercerita, melukis poster,
mendeklamasi puisi, sketsa dan penulisan karangan. Para peserta terdiri
daripada murid Tahap Satu dan Tahap Dua.
Sepanjang Minggu Bahasa Melayu, satu
pameran hasil karya murid-murid telah diadakan di Dewan Sumber Budi. Pameran
tersebut dirasmikan oleh Yang diPertua PIBG Sekolah, Tuan Haji Sallehuddin
Salleh. Pameran itu turut disertai oleh dua buah syarikat penerbitan dari
Kuantan.
Kemuncak Minggu Bahasa Melayu ialah
pengumuman Tokoh Bahasa Melayu 2009 yang dijuarai oleh Mira binti hanif.
Beliau aktif menulis dan hasil-hasil penulisannya pernah disiarkan dalam
beberapa majalah pendidikan kanak-kanak. Penguasaan Bahasa Malayunya yang
mantap seharusnya menjadi contoh kepada semua murid sekolah ini.
Penyampaian hadiah kepada para pemenang
Minggu Bahasa Melayu telah disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Daerah.
Kesimpualannya, Minggu Bahasa Melayu
menepati sasarannya di samping mendapat sokongan yang menggalakkan daripada
warga sekolah.
Laporan disediakan
oleh, 12 APRIL 2012
Shahirah
(SHAHIRAH BINTI MUHAMMAD)
Setiausaha,
Minggu Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Teluk Cempedak.
|
KARANGAN
BERITA
PANDUAN UMUM.
·
Tergolong dalam karangan berformat.
·
Memulakan penulisan dengan nama tempat, hari, dan tanda
sempang (-).
·
Terdapat pelbagai jenis berita yang dimuatkan dalam
surat khabar, iaitu kemalangan, jenayah, peperangan, hiburan, sukan dan hal-hal
semasa yang menarik perhatian pembaca.
·
Jarak masa kejadian yang dimuatkan dalam berita
bersifat terkini, iaitu antara beberapa jam hingga dua hari yang lalu.
·
Bahagian isi mesti mempunyai lima perkara:
i.
Di mana – tempat berlaku kejadian.
ii.
Bila – tarikh, tempoh atau hari kejadian berlaku.
iii.
Siapa – orang yang terlibat dalam kejadian.
iv.
Mengapa – punca-punca kejadian itu berlaku.
v.
Bagaimana – cara sesuatu kejadian dan kesudahannya.
·
Laporan berita yang ditulis haruslah menurut urutan
masa dan peristiwa.
·
Bahasa yang digunakan hendaklah mudah,jelas, dan
difahami pembaca.
Contoh Berita:
Andaikan kamu
seorang wartawan. Tulis berita tentang suatu kebakaran yang berlkau di sebuah
taman perumahan.
NILAI, Isnin –
Suatu kebakaran dahsyat telah berlaku di Taman Rajawali yang mengakibatkan
enam buah rumah teres rosak teruk. Kebakaran itu berlaku pada pukul 2.00 pagi
yang berpunca daripada kebocoran gas. Sebuah kereta Honda turut musnah dalam
kebakaran itu. Kerugian ditaksirkan melebihi RM1 juta.
Pihak bomba Nilai menerima panggilan
kecemasan pada pukul 2.10 pagi dan tiba sepuluh minit kemudian. Walau
bagaimanapun, empat buah daripada sederet rumah teres itu telah hangus
terbakar ketika bomba tiba. Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya oleh pihak
bomba kira-kira pukul 4.00 pagi.
Dalam kejadian itu seorang warga emas,
Tahar Abdullah, renting kerana tidak dapat diselamatkan. Menurut cucunya,
Hassan Osman, datuknya mengalami penyakit lumpuh dan pekak. Api yang marak
dengan begitu pantas menyebabkan kerja menyelamat sukar diteruskan.
Sebanyak 24 orang mangsa kebakaran
kehilangan tempat tinggal dan ditempatkan di Dewan Serbaguna Taman Rajawali.
Mereka berasa amat sedih kerana seminggu lagi umat Islan akan menyambut Hari
Raya Aidilfitri. Bantuan kilat diusahakan oleh Wakil Rakyat kawasan
berkenaan, iaitu Yang Berhormat Tuan Haji Daud Ali.
Berikutan kejadian tersebut, pihak
bomba menasihati orang ramai supaya berhati-hati ketika menggunakan dapur gas
untuk mengelakkan kebakaran.
|
SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI
PANDUAN UMUM
· Tergolong dalam karangan berformat.
· Karangan yang bersifat peribadi dan biasanya dihantar
kepada rakan, sahabat pena, ahli keluarga dan seumpamanya.
· Isi kandungan surat biasanya terdiri daripada surat
ucapan tahniah atau takziah, memberikan nasihat, menyatakan masalah peribadi,
bertanyakan khabar, dan sebagainya.
· Bahasa yang digunakan adalah tepat, padat dan jelas. Walaubagaimanapun,
penggunaan bahasa pada permulaan surat bersifat santai. Contohnya,
bertanyakan khabar dan menceritakan perkara-perkara yang berhubung dengan
diri atau keluarga penulis. Dalam perenggan kedua barulah penggunaan bahasa
lebih serius kerana membicarakan tujuan surat itu ditulis.
· Berikut ialah senarai panggilan hormat bagi penerima
dan pengirim.
· Kata-kata panggilan hormat penerima ditulis di sebelah
kiri. Selangkan sebaris kedudukan perkataan tersebut dalam penulisan surat
supaya lebih kemas dan boleh diselang-seli selepas beberapa perenggan supaya
kesan seolah-olah berkomunikasi dengan penerima dapat dirasai.
Contoh
surat:
Sahabat kamu
menulis surat untuk bertanyakan cara pengurusan masa yang berkesan untuk
dijadikan panduan sebagai persediaan dalam menghadapi peperiksaan UPSR. Balas
surat sahabat kamu itu.
40, Jalan Suai Kasih,
Taman Setia Bayu,
05050
Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
4
Mac 2012
Menemui sahabatku,
Nina Farina yang kini berada di Shah Alam. Semoga saudari
|
KARANGAN
FAKTA
PANDUAN UMUM
· Tergolong
dalam karangan tidak berformat.
· Fahami
tajuk karangan. Tentukan sama ada karangan tersebut memerlukan kamu menyokong
atau membangkang tajuk.
· Karangan
fakta memerlukan isi yang bernas, logik dan tersusun. Oleh itu kamu mesti
banyak membaca dan tahu akan fakta yang perlu ditulis, contohnya tentang
pencemaran alam di Malaysia.
· Setiap
isi, perlu disertakan contoh untuk menyokong karangan. Sesungguhnya, karangan
jenis ini amat menguji pengetahuan am
kamu tentang sesuatu bidang.
· Jikalau
soalan karangan mempunyai dua bahagian, iaitu kebaikan dan keburukan sesuatu
tajuk, maka kamu mesti menghuraikan kedua-dua bahagian tersebut.
Contoh
karangan:
Setiap anak perlu
mengamlkan nilai-nilai murni terhadap keluarganya. Tulis perlakuan-perlakuan
yang membuktikan kamu mengamalkannya.
Baik atau buruk perlakuan seseorang anak
mencerminkan latar belakang keluarganya. Seorang anak yang baik akan
menunjukkan perlakuan yang sopan agar nama dan maruah keluarganya sentiasa
terpelihara.
Antara perlakuan yang menggambarkan
nilai murni yang baik ialah sifat bertanggungjawab. Anak yang
bertanggungjawab akan menolong ibu bapa bagi meringankan tugas mereka. Saya
juga akan belajar dengan bersungguh-sunguh untuk mencapai kejayaan. Dengan
cara itu, saya dapat mambalas jasa ibu bapa.
Selain itu, saya amat menghormati
keluarga. Say tidak melawan arahan ibu dan bapa apatah lagi menyakiti hati
mereka. Saya sentiasa mendengar nasihat ibu bapa sebagai tanda saya
menghormati mereka.
Jika saya seorang abang atau kakak, saya
seharusnya mengambil berat akan kebajikan adik-adik saya. Saya akan selalu
mengawasi perlakuan mereka serta membantu ayah dan ibu mendidik adik-adik
menjadi insan yang berbudi bahasa.
Sebagai anak yang berbudi, jagalah nama
baik keluarga walau di mana-mana sekalipun kita berada. Sesungguhnya, anak
ialah cermin muka kepada ibu bapa. Jika kita berperlakuan baik sudah tentu
nama ibu bapa turut disanjung tinggi dan begitulah sebaliknya.
Ingatlah pepatah “harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”,
oleh itu amalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan agar nama kita akan
sentiasa dikenang orang.
|
KARANGAN
BIOGRAFI
PANDUAN UMUM
· Karangan
jenis ini memerlukan daya kreativiti yang tinggi untuk menjadikannya lebih
menarik.
· Biografi
bermaksud riwayat hidup atau latar belakang seseorang yang ditulis oleh orang
lain merangkumi perkara seperti tarikh lahir, latar belakang, tahap
pendidikan, jasa, pencapaian, dan kejayaan dalam bidang yang diceburi.
· Unsur
nilai murni dan pengajaran yang disisipkan secara tidak langsung menjadikan
karangan ini lebih menarik.
· Isi
karangan mestilah logik, munasabah, serta berkaitan dengan tajuk.
Contoh karangan::
Tulis karangan biografi tentang
rakan yang paling kamu kagumi.
Saya mempunyai sorang rakan yang amat saya kagumi baik dari segi
pencapaian pelajarannya, peribadinya, mahupun rupa parasnya.
Mira Edera binti Adi Meor begitulah manisnya nama rakan yang amat saya
kagumi itu. Dia sungguh bertuah kerana dilahirkan dalam sebuah keluarga yang
berada. Mira berusia 12 tahun dan merupakan rakan sekelas saya.
Ibu dan bapanya ialah usahawan yang berjaya. Namun, Mira tidak sombong
dan amat bersopan santun orangnya. Dia sering menumpangkan rakan-rakan
sekelasnya meniki kereta mewahnya dengan ikhlas.
Mira bergaul dengan semua orang termasuk rakan kami, Nabila yang
kurang upaya. Di sekolah, Mira menjadi ketua pengawas yang amat dihormati.
Mira disayangi oleh guru-guru dan rakan-rakan. Mira bijak dalam pelajaran.
Dia menguasai tiga bahasa dengan fasih, iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris,
dan Mandarin.
Sebagai rakan, kami kagum akan kehebatan Mira dalam sukan badminton
dan boling. Mira juga hebat dalam bidang pidato dan seni mempertahankan diri.
Dia bijak mengimbangi pencapaian akademik dan aktiviti kokurikulum. Setiap
tahun, Mira menaiki pentas untuk menerima pelbagai hadiah kecemerlangan, sesuai
dengan ketokohannya.
Mira bersikap positif dalam kehidupan. Dia bercita-cita untuk menjadi
Perdana Menteri Wanita yang Pertama. Saya gembira mempunyai rakan sehebat
Mira. Itulah biografi rakan saya Mira, yang paling saya kagumi.
|
KARANGAN
PERBAHASAN
PANDUAN UMUM
·
Jenis karangan berformat.
·
Terdapat dua bentuk penulisan karangan perbahasan:
1.
Bentuk pertandingan
2.
Bentuk pendapat
·
Kamu perlu menulis kata alu-aluan dan menyokong satu
pihak sahaja sama ada
pihak
pencadang atau pembangkang. (bentuk pertandingan)
·
Kamu hanya menulis sama ada menyokong atau membangkang
tajuk yang
disediakan.
(bentuk pendapat)
·
Hujahan mesti logic dan tidak menyentuh isu-isu
sensitive kepada pendengar atau pembaca.
·
Gunakan bahasa yang mudah, jelas, tegas dan menarik
perhatian pendengar.
·
Selitkan peribahasa, pantun atau jenaka yang dapat
“menghidupkan” perbahasan.
·
Akhiri perenggan dengan menyimpulkan pendiirian kamu
dan ucapan terima kasih.
·
Bahasa yang digunakan hendaklah ringkas dan padat.
Kekuatan berhujah perlulah diktekankan.
Contoh
perbahasan:
(bentuk pertandingan)
Kamu sebagai
pembangkang dalam satu pertandingan perbahasan. Sediakan hujah-
hujah bagi
membangkang tajuk “Penggunaan Telefon
Bimbit di Sekolah adalah Wajar”
Selamat sejahtera Tuan Pengerusi Majlis, Yang
Berusaha Tuan Guru Besar, barisan hakim, barisan pencadang, guru-guru, dan
warga dewan yang saya muliakan.
Hadirin yang
dihormati,
Berdirinya saya di sini adalah sebagai
wakil pihak pembangkang. Oleh itu, kami sebagai barisan pembangkang tidak setuju
sama sekali dengan tajuk “Penggunaan Telefon Bimbit di Sekolah adalah Wajar”.
Semua pihak sedia maklum bahawa matlamat
murid ke sekolah adalah untuk menuntut ilmu pengetahuan sebagai jaminan hidup
pada masa hadapan. Dalam hal sedemikian, suasana tenang di bilik darjah
diperlukan untuk pembelajaran murid yang berkesan. Kebenaran menggunakan
telefon bimbit di dalam kelas hanya menimbulkan pelbagai masalah disiplin
yang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.
Hujah saya yang kedua pula berkaitan
dengan beban tugas guru. Tugas guru di sekolah semakin sukar untuk mengawal
murid-murid nakal yang menggunakan telefon bimbit sewaktu guru mengajar.
Fungsi telefon bimbit yang pelbagai seperti khidmat pesanan ringkas dan
permainan hanya mengganggu ketenangan di dalam bilik darjah.
Rakan-rakan
seperjuangan yang saya kasihi,
Ingatlah bahawa masa yang pergi tidak akan
kembali lagi. Jika masa yang ada di dalam bilik darjah diisi dengan
keseronokan bermain telefon bimbit secara curi-curi sudah tentu menyebabkan
pencapaian akademik dan disiplin murid akan merosot. Murid yang berasal
daripada golongan berada akan bermegah dengan menunjukkan telefon bimbit yang
canggih berbanding dengan murid miskin yang Cuma mampu memanfang sahaja.
Pihak pencadang pasti bersetuju jika saya katakana bahawa kes kecurian
telefon bimbit dan pergaduhan disebabkan telefon bimbit semakin meningkat.
Warga dewan yang
dimuliakan,
Berdasarkan hujah-hujah bernas saya di
atas, ingin saya tegaskan bahawa penggunaan telefon bimbit adalah tidak wajar
sama sekali. Sekian, terima kasih.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan