Sabtu, 1 Disember 2012


APA ITU SINTAKSIS



Sintaksis merujuk bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau kontruksi ayat. Apakah yang ada dalam sesebuah ayat? Secara umumnya, sesebuah ayat itu mestilah sekurang-kurangnya mempunyai satu subjek (pelaku) dan satu predikat (cerita/keterangan).
Subjek ialah konstituen sama ada terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan iaitu frasa nama dan menjadi unsur yang diterangkan. Subjek lazimnya adalah perkara yang diceritakan yang terdiri daripada orang, benda, tempat atau perkara. Unsur-unsur subjek juga boleh terdiri daripada frasa nama, kata ganti nama, frasa kerja yang berkuasa nama dan frasa adjektif yang berkuasa nama.

Predikat merujuk kepada kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek.


Berikut, Cikgu Anna Su tunjukkan beberapa contoh ayat.

BIL.
SUBJEK
PREDIKAT
1.
Kamal
membeli sebuah basikal.
2.
Dia
pergi ke sekolah.
3.
Komputer itu
sudah rosak.
4.
Merokok
membahayakan kesihatan.
5.
Cantiknya
mata anak harimau itu.
6.
Rumah itu
sangat besar.
7.
Opah
pergi menziarahi rakannya.

Tiada ulasan: