Hari ini kita belajar membezakan isi penting dengan isi sampingan dalam penulisan karangan. Cikgu Anna Su memilih tajuk “Kegunaan Hasil Hutan”
Langkah pertama, catatkan antara hasil hutan yang menjadi sumber pendapatan:
madu lebah
rotan
buluh
damar
Seterusnya, kita akan merangka perenggan isi iaitu menghuraikan isi utama.
Perenggan
|
Isi Penting
|
Isi Sampingan
|
2
|
Madu lebah menjadi sumber pendapatan.
|
1. Madu lebah dijual dengan harga yang tinggi.
2. Madu lebah digunakan dengan meluas dalam
bidang perubatan dan dijadikan bahan masakan.
|
3
|
Rotan menjadi sumber rezeki.
|
1. Rotan amat berguna dalam industry pembuatan
perabot di Negara kita.
2. Harga perabot rotan bergantung pada jenis rotan
yang digunakan.
|
4
|
Buluh merupakan sumber pendapatan.
|
1. Terdapat pelbagai jenis buluh seperti buluh
tumpat dan buluh betung.
2. Di Negara kita bnayak kraf tangan yang
dihasilkan daripada buluh.
|
5
|
Damar juga penyumbang rezeki.
|
1. Damar ialah bahan berupa getah keras yang
diperoleh daripada beberapa jenis pokok.
2. Damar merupakan bahan penting dalam
pembuatan batik.
|
Cikgu Anna Su harap murid-murid lebih jelas sekarang bagaimana hendak membina perenggan isi berpandukan isi penting dengan isi sampingan.
|
2 ulasan:
terima kasih atas tunjuk ajar cikgu...saya berharap cikgu berbangga atas kejayaan yang saya kecapi...
<3 cikgu Ros...
Sama-sama sayangku Aina. Cikgu Anna Su sekadar membimbing tetapi kejayaan yang Aina kecapi adalah atas usaha Aina dengan izinNYA.
Catat Ulasan