Selasa, 27 November 2012


MUDAHNYA MENGARANG






Hari ini kita belajar  membezakan  isi penting dengan isi sampingan dalam penulisan karangan. Cikgu Anna Su memilih tajuk  “Kegunaan Hasil Hutan”

Langkah pertama, catatkan antara hasil hutan yang menjadi sumber pendapatan:
*      madu lebah
*      rotan
*      buluh
*      damar

Seterusnya, kita akan merangka perenggan isi iaitu menghuraikan isi utama.

Perenggan

Isi Penting

Isi Sampingan
2
Madu lebah menjadi sumber pendapatan.
1. Madu lebah dijual dengan harga yang tinggi.
2. Madu lebah digunakan dengan meluas dalam 
    bidang perubatan dan dijadikan bahan masakan.
3
Rotan menjadi sumber rezeki.
1. Rotan amat berguna dalam industry pembuatan
    perabot di Negara kita.
2. Harga perabot rotan bergantung pada jenis rotan 
    yang digunakan.
4
Buluh merupakan sumber pendapatan.
1. Terdapat pelbagai jenis buluh seperti buluh 
     tumpat dan buluh betung.
2. Di Negara kita bnayak kraf tangan yang 
    dihasilkan daripada buluh.
5
Damar juga penyumbang rezeki.
1. Damar ialah bahan berupa getah keras yang
    diperoleh daripada beberapa jenis pokok.
2. Damar merupakan bahan penting dalam 
    pembuatan batik.


Cikgu Anna Su harap murid-murid  lebih jelas sekarang bagaimana hendak membina perenggan isi berpandukan isi penting dengan isi sampingan.

2 ulasan:

Unknown berkata...

terima kasih atas tunjuk ajar cikgu...saya berharap cikgu berbangga atas kejayaan yang saya kecapi...
<3 cikgu Ros...

Unknown berkata...

Sama-sama sayangku Aina. Cikgu Anna Su sekadar membimbing tetapi kejayaan yang Aina kecapi adalah atas usaha Aina dengan izinNYA.