Khamis, 22 November 2012


Tip Menunggang Basikal



Tip Menunggang Basikal


·       Pastikan basikal dalam keadaan yang baik dan selamat.
·       Pakai topi keselamatan dengan cara yang betul dan bersesuaian dengan saiz kepala.
·       Pakai kasut yang sesuai.
·       Elakkan diri daripada memakai seluar yang besar dan labuh di bahagian bawah.
·       Gunakan isyarat tangan yang betul.
·       Pastikan tiada kenderaan di kiri dan di kanan sebelum menukar laluan.
·       Elakkan diri daripada menunggang basikal semasa hujan.
·       Gunakan jaket pantul cahaya pada waktu malam.
·       Patuhi peraturan dan papan tanda isyarat jalan raya.
·       Jangan bersaing atau berlumba semasa menunggang basikal.


Bukan menunggang dengan cara begini....





Kempen berbasikal 2012 sempena Hari Alam Sekitar Sedunia



BERBASIKAL merupakan salah satu kaedah pengangkutan yang dapat membantu mengurangkan masalah pencemaran dan melindungi alam sekitar.

Sehubungan itu, sempena Hari Alam Sekitar Sedunia, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menganjurkan Kempen Berbasikal Kali Ke 12 dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang dan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Sejak 2006, CAP dengan kerjasama pelbagai agensi dan jabatan kerajaan telah menganjurkan 11 Kempen Berbasikal di Pulau Pinang, Butterworth, Alor Setar, Ipoh, Universiti Utara Malaysia (UUM), Kangar, Jawi dan Balik Pulau.

Setiap kali kempen diadakan, ia mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada orang ramai yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

CAP berasa amat gembira apabila melihat kempen yang dianjurkan berjaya menarik minat pelbagai NGO di Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Perlis dan kami menggalakkan mereka menganjurkan acara berbasikal atas inisiatif mereka sendiri di bandar mereka sendiri. Malah bilangan mereka yang menggunakan basikal turut meningkat.

Aktiviti berbasikal telah dipraktikkan sebagai satu bentuk senaman dan rekreasi tetapi CAP ingin melihat berbasikal ini sebagai satu bentuk pengangkutan di bandar.
Kempen Berbasikal ini akan diadakan pada hari Ahad, 15 Julai 2012, jam 8.00 pagi, bermula di tepi Dewan Milenium, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.
Para peserta akan berbasikal melalui jalan-jalan di sekitar Pekan Kepala Batas dan berakhir di tempat permulaan dengan jarak keseluruhan perjalanan sejauh 10 kilometer.
Tujuan CAP mengadakan kempen tersebut adalah kerana sebab-sebab yang berikut:-

Ø  Rakyat Malaysia dikatakan kurang mengamalkan senaman dan melalui kempen ini secara tidak langsung membolehkan mereka berbasikal untuk ke sekolah dan ke tempat kerja serta untuk bergerak dalam jarak yang dekat.

Ø  Dengan berbasikal juga akan meningkatkan kesihatan kerana berbasikal secara tetap menjadikan kita kurang menghidap penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi dan penyakit lain (Sumber: British Heart Foundation).

Ø  Basikal adalah murah, mudah, boleh dipercayai dan bentuk pengangkutan yang sesuai serta tidak memerlukan cukai jalan, insurans dan bil minyak serta murah untuk diselenggara.

Ø  Apabila rakyat sihat, kerajaan juga dapat berjimat dari segi belanjawan kesihatan kerana rakyat yang sihat tidak perlu lagi berjumpa doktor serta dapat menjimatkan wang dan meningkatkan produktiviti.

Ø  Basikal tidak mencemar (dan juga lebih senyap), tidak seperti kereta, yang menghasilkan berjuta tan asap beracun dan merupakan punca utama pencemaran udara di Malaysia. Oleh itu berbasikal membantu mengekalkan udara yang lebih bersih bagi pernafasan, dan mengurangkan pencemaran bunyi.

Ø  Basikal menggunakan sedikit ruang di jalan raya, tidak seperti kereta, yang menelan berbilion ringgit wang orang awam untuk membina lebuh raya, jejambat dan tempat meletak kereta bertingkat. Oleh itu, berbasikal menjimatkan tenaga dan ruang, serta melindungi seseorang daripada kesan penggunaan automobil yang merosakkan kesihatan.
Ø  Kami mendapati bahawa kempen ini telah menjadi satu platform bagi rakyat daripada semua kumpulan etnik dan lapisan masyarakat untuk bergaul dan beramah mesra sebelum dan selepas berbasikal yang secara tidak langsung mewujudkan semangat muhibbah serta semangat kesukanan untuk semua.
Berdasarkan kepada perkara di atas, kami bercadang untuk menganjurkan Kempen Berbasikal di pelbagai bandar, luar bandar dan kawasan perumahan di seluruh negara dalam usaha untuk mempopularkan basikal sebagai satu bentuk sukan rekreasi dan satu bentuk pengangkutan.





Banyak kebaikan yang dapat diperolehi daripada berbasikal yang bukan hanya untuk tubuh yang sihat sahaja tetapi juga dapat melindungi alam sekitar, menjimatkan minyak dan wang.
Ø  Apa yang kerajaan boleh lakukan:-


1. Menyediakan lorong untuk basikal yang selamat di semua jalan raya dan

    lebuh raya baru.


2. Mengubah suai bebendul jalan untuk memudahkan laluan basikal dan

    pejalan kaki.


3. Mengadakan papan tanda basikal yang jelas pada laluan basikal.




4. Memperkenalkan reka bentuk jalan raya yang menggalakkan keselamatan

    dan persekitaran yang sempurna bagi berbasikal. Ini perlu dimasukkan
    langkah-langkah meredakan lalu lintas untuk mengurangkan kelajuan
    kereta.


5. Melindungi keselamatan penunggang basikal. Ini boleh dijalankan,

    misalnya, dengan mengehadkan penggunaan kenderaan bermotor di jalan
    raya pada waktu sibuk.

6. Menyediakan ruang meletak basikal yang selamat, mudah dan percuma

    bagi penunggang basikal.

7. Memperkenalkan program perkongsian basikal awam dengan membina
    tempat meletak basikal secara layan diri di kawasan bandar untuk
    kemudahan pelancong dan penduduk tempatan untuk bergerak di sekitar
    bandar dengan lebih cepat. Program perkongsian basikal telah berjalan
    dengan baik di Eropah, Amerika Syarikat dan terbaru di HangZhou, China.

8. Orang ramai boleh mengambil bahagian dalam Kempen Berbasikal ini
    dengan menggunakan basikal biasa, basikal lumba, dan basikal bukit.
    Kempen ini juga adalah percuma.

Ahad, 18 November 2012


Basikal Elektrik







UUM Promosi Basikal Elektrik Jimat Petrol.

Sintok, 15 Mac - koperasi Universiti Utara Malaysia (UUM) hari ini mempromasikan sejenis basikal elektrik. Basikal elektrik yang dipromasikan itu mempunyai beberapa keistimewaan. Pengurus Besar Koperasi UUM, Nadrah Shafie, berkata bahawa basikal yang diperkenalkan itu adalah mesra alam kerana tidak menggunakan petrol.

      Basikal elektrik itu digerakkan menggunakan bateri dan boleh bergerak sejauh 80 kilometer dalam tempoh satu jam.
(Dipetik dan diubah suai daripada Utusan Malaysia, 16 Mac 2006)


Antara pelumba-pelumba basikal yang telah mengharumkan nama negara.
Mohammed Adiq Husainie Bin Othman


Fatehah Binti Mustapa


Mohamed Harrif Salleh


Anuar Manan






 Aktiviti masa lapang


                        Bersukan dengan gaya berbasikal...






Berbasikal dengan rakan ataupun ahli keluarga.



Jenis-jenis Sukan berbasikal






























Selasa, 30 Oktober 2012

KOLEKSI PANTUN


click to create your own




Indahnya  Bahasa
Pantun merupakan sejenis puisi tradisional Melayu ciptaan terbaik, milik masyarakat Melayu yang diwarisi dari zaman ke zaman. Dengan bentuknya yang padat dan kemas, pantun sering jadi pilihan dalam pelbagai acara kerana keistimewaannya menggambarkan kehalusan serta keprihatinan masyarakat Melayu terhadap alam dan ruang lingkup budayanya yang mencerminkan peribadi dan sifat terpuji orang-orang Melayu.
Pantun dicipta sebagai suatu pengucapan untuk menyampaikan fikiran dan perasaan terhadap seseorang atau mengenai sesuatu perkara, malahan pantun digunakan juga untuk menyindir, berjenaka, memberi nasihat dan berhibur. Dari dahulu hingga kini pantun sering menjadi pemanis kata dalam sesuatu majlis dan upacara rasmi. Dalam majlis rasmi atau majlis merisik, meminang dan perkahwinan, pantun diucapkan untuk melahirkan rasa kasih sayang,rindu dendam, kias ibarat dan kegembiraan.  Pantun menjadi salah sebuah puisi Melayu lama yang dapat memberikan warna-warna perasaan dangan lebih berkesan.

                  Orang berbudi   
                                Kita berbahasa…



Terbang burung dari selatan,   
          Dipuput angin sangga bayu;                            
 Bukalah surat dari lipatan,     
          Lihatlah pantun bahasa Melayu.
                                                                           
Ada padi adalah beras,        
          Bertanak nasi periuk tembaga;            
 Ada budi adalah balas,      
          Orang berbudi kita berbahasa.
                                                                                  
Anak itik pandai menari,
          Anak angsa terlompat-lompat;    
Rupa cantik dapat dicari,
                    Budi bahasa mana nak dapat.

Ayam hutan terbang ke hutan,      
          Tali tersangkut pagar berduri;   
 Adik bukan saudara bukan,       
          Hati tersangkut kerana budi.

Dari Daik pulang ke Daik,   
          Sehari-hari berkebun pisang; 
 Budi baik dibalas baik,    
          Dalam hati dikenang orang.                                                                                  
Burung pipit burung kedidi, 
                   Hinggap di pokok di tepi sawah; 
 Jika hidup tidak berbudi,    
          Ibarat pokok tidak berbuah.
                                                           
Bandar baru Seberang Perai,      
         Gunung Daik bercabang tiga;                                      
 Hancur badan tulang bercerai,   
         Budi yang baik dikenang  juga.  
                                                       
Tegak rumah kerana sendi,   
                   Runtuh sendi rumah binasa;                                                  
 Sendi bangsa ialah budi,
                   Runtuh budi runtuhlah bangsa.  
                                                             
            Tingkap papan kayu bersegi,                               
                  Sampan sakat di Pulau Angsa;    
           Indah tampan kerana budi,     
                  Tinggi bangsa kerana bahasa.

      Kalau ada jarum yang patah,                                              
        Jangan simpan di dalam peti; 
  Kalau ada silap sepatah, 
                Jangan simpan di dalam hati.



                                             Orang memberi
                                              Kita merasa ...