Assalamualaikum.
Salam sejahtera. Salam 1 Malaysia.
Syukur Alhamdulillah dengan izinNYA, Cikgu Anna Su telah selesai menyiapkan tugasan pembangunan blog P&P KRT 3013 ini.
Segala yang baik adalah untuk dikongsi bersama-sama manakala yang terkurang sedia menerima teguran untuk penambahbaikan.
Terima kasih semua.
|
BAHASA MELAYU TAHUN 6
Jumaat, 14 Disember 2012
Rabu, 12 Disember 2012
click to create your glitter text
siapa
|
buat apa
(aktiviti / kata kerja)
|
keterangan
|
|
di mana bila/bagaimana
|
|||
Ali dan Siti
|
bermain buaian
|
di taman permainan
|
pada waktu petang.
|
Encik Jamal
|
menunggang basikal
|
di hadapan taman
|
pada setiap petang.
|
Aizat
|
memanjat tangga
|
di taman permainan
|
dengan berhati-hati.
|
Aina dan adik
lelakinya
|
bermain jongkang-jongkit
|
di taman permainan
|
dengan gembira.
|
Asmirul dan
kawan-kawannya
|
bermain gelongsor
|
di taman permainan
|
pada waktu petang.
|
Contoh
ayat tunggal dan ayat majmuk dengan peluasan subjek dan predikat.
|
Jumaat, 7 Disember 2012
RAGAM AYAT
AYAT
AKTIF
Ayat aktif ialah ayat yang mempunyai kata kerja yang
mengutamakan subjek asal sebagai unsur yang diterangkan.
SUBJEK
|
KATA KERJA
|
OBJEK
|
Aizat
|
mencabut
|
rumput.
|
Singa
itu
|
mengejar
|
seekor
rusa.
|
Ribut
|
melanda
|
Amerika
Syarikat.
|
Nurhaliza
|
menulis
|
surat
itu.
|
Helmi
|
menendang
|
bola itu.
|
AYAT
PASIF
Ayat pasif ialah ayat yang mengutamakan objek asal.
OBJEK
|
KATA KERJA
|
SUBJEK
|
Rumput
|
dicabut
oleh
|
Aizat.
|
Seekor
rusa
|
dikejar
oleh
|
singa.
|
Amerika
Syarikat
|
dilanda
|
ribut.
|
Surat
itu
|
ditulis
oleh
|
Nurhaliza.
|
Bola itu
|
ditendang
oleh
|
Ali.
|
Apa khabar semua? Dalam ruangan ini, Cikgu Anna Su hendak
menyentuh sedikit tentang indahnya
peribahasa kita yang bukan hanya sekadar untuk dihafal sahaja.
Keindahan peribahasa
merupakan cara sesuatu peribahasa itu digunakan yang membina minda. Tetapi pada
masa kini, pelbagai peribahasa dicipta yang memaksa pelajar menghafalkan
seberapa banyak peribahasa seperti robot.
Menurut
Za’ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas,
mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya.
hidup
bermasyarakat
bagai aur dengan tebing
maksudnya: tolong-menolong antara satu dengan yang
lain
ringan tulang
maksudnya: suka membuat kerja; menolong orang
berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing
maksudnya: bekerjasama dan saling menolong
|
sikap
manusia
murah hati
maksudnya: suka berderma; tidak kedekut
bagai melepaskan
batuk di tangga
maksudnya: membuat
sesuatu kerja sambil lewa saja
tangkai jering
maksudnya:
orang yang kedekut
seperti pahat
dengan penukul
maksudnya:
orang yang hanya bekerja apabila diperintah
hidung tinggi
maksudnya:
sombong atau tinggi diri
|
hubungan
kekeluargaan
bagai menatang
minyak yang penuh
maksudnya:
memelihara seseorang dengan penuh kasih sayang
carik-carik bulu
ayam, lama-lama bercantum juga
air dicencang tidak
akan putus
maksudnya: perbalahan
antara adik-beradik tidak akan berpanjangan
cubit paha kanan,
paha kiri pun sakit juga
maksudnya: sekiranya
seseorang itu menyusahkan kaum keluarganya sendiri, dia pun akan turut berasa
susah
sebusuk-busuk
daging dibasuh, dikincah dimakan jua
maksudnya: walau
bagaimana jahatnya keluarga atau kaum kerabat, tidak sampai hati
membiarkannya
|
Seterusnya, bantu Cikgu
Anna Su lengkapkan jadual peribahasa di bawah. Boleh?
untuk berjaya
sehari selembar
benang, lama-lama menjadi kain
maksudnya: tekun
dan sabar membuat kerja, akhirnya berjaya juga
sedikit-sedikit
lama-lama jadi bukit
maksudnya: kesabaran
dalam melakukan sesuatu akan memberikan hasil yang memuaskan
di mana ada
kemahuan, di situ ada jalan
maksudnya: jika ada
azam, apa-apa yang dihajati dapat dicapai
jika tidak dipecahkan
ruyung manakan dapat sagunya
maksudnya: hendaklah
berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati
kerja bertangguh
tak menjadi, kerja beransur tak bertahan
maksudnya: kerja
yang selalu ditangguh-tangguhkan tidak akan dapat diselesaikan
genggam bara api
biar sampai jadi arang
maksudnya: apabila
melakukan sesuatu pekerjaan yang susah, kita hendaklah bersabar dan
menyempurnakan pekerjaan itu sehingga berjaya
berakit-rakit ke
hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dulu, bersenang-senang
kemudian
maksudnya: menempuh
kesusahan dahulu sebelum mendapat kesenangan
belakang parang
kalau diasah nescaya tajam
maksudnya: bagaimana
bodoh sekalipun seseorang itu, jika diasuh akhirnya dia kan pandai juga
|
Peribahasa berasaskan
nama haiwan.
Simpulan Bahasa
|
Perumpamaan
|
Bidalan
|
Pepatah
|
Ayam tambatan
|
Bagai murai tercabut
ekor
|
Bagai gajah tak
dapat ditutup
dengan nyiru
|
Hati gajah sama
dilapah, hati kuman sama dicecah
|
Buaya tembaga
|
Seperti rusa masuk
kampung
|
Di mana semut
mati kalau tidak
di dalam gua
|
Masuk kandang kambing mengembek,
masuk kandang kerbau menguak
|
Kera sumbang
|
Seperti cacing kepanasan
|
Pelanduk dua serupa
|
|
Peribahasa berasaskan nama tumbuhan.
Simpulan Bahasa
|
Perumpamaan
|
Bidalan
|
Pepatah
|
Durian runtuh
|
Bagai aur
dengan
tebing
|
Melentur buluh
biarlah dari rebungnya
|
Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras |
Ibu keladi
|
Bagai pinang
dibelah dua
|
Baik berjagung-
jagung sementara
padi belum masak
|
Diam-diam ubi berisi,
diam-diam besi berkarat
|
Mata petai
|
Bagai tikus
membaiki labu
|
Orang lain makan nangka, Orang lain yang kena getahnya |
|
Langgan:
Catatan (Atom)