PEMAHAMAN


click to create your glitter text


FORMAT KERTAS BAHASA MELAYU PEMAHAMAN


1.Format Bahasa Melayu – Pemahaman adalah seperti berikut:
Kod kertas               :       011.
Nama kertas            :       Bahasa Melayu Kertas 1.
Jumlah soalan         :       40 soalan.
Bentuk soalan         :       Objektif Aneka Pilihan.
Pilihan jawapan       :       Empat pilihan, iaitu A, B, C dan
                                        D.
Masa menjawab      :       50 minit.



FORMAT PENTAKSIRAN

PERKARA
KERTAS (011): PEMAHAMAN
Jenis Instrumen
Ujian Objektif
Jenis Soalan
Objektif
·       Aneka Pilihan
Bilangan Soalan
40 item
·       30 item aneka pilihan (Kemahiran Bahasa)
·       10 item aneka pilihan (Kemahiran Membaca dan Memahami)
Pemarkahan
40 markah
Tempoh Ujian
50 minit
Konstruk Yang Ditafsir
Pengetahuan Tatabahasa
·       Morfologi
·       Sintaksis
·       Sistem Ejaan
·       Kosa Kata
·       Peribahasa
·       KemahiranMembaca dan Memahami
·       Pemahaman (2 petikan)
Cakupan Konteks
Mencakup semua bidang pembelajaran dalam Sukatan Pelajaran Tahun 1 hingga Tahun 6


PEMBAHAGIAN SOALAN
Soalan 1 – 30: Kemahiran Berbahasa (Sistem Bahasa)
1.  Soalan kemahiran bahasa menguji pengetahuan tatabahasa calon.
2.  Soalan-soalan dalam bahagian ini dibahagi kepada dua bahagian utama, iaitu
·       Aspek Kata (morfologi)
·       Aspek Ayat (sintaksis)
3.  Terdapat beberapa soalan yang disertakan dengan ilustrasi sebagai panduan calon untuk menjawab soalan yang diberikan.
4.  Antara aspek kemahiran berbahasa yang ditanyakan dalam format terbaru ini ialah:
(a)        Penggolongan Kata.
(b)        Pembentukan Kata.        
(c)        Penggandaan.
(d)        Pemajmukan.
(e)        Pembentukan Ayat.
(f)        Kesalahan Umum Tatabahasa

5.  Lazimnya, terdapat sejumlah soalan yang popular dalam bahagian ini, iaitu:

Bahagian Morfologi (Kata)
a) Mengisi tempat kosong dengan perkataan yang paling
    sesuai. Tempat kosong tersebut perlu diisikan dengan kata
    nama, kata kerja, kata adjektif, kata ganti nama, kata  
    hubung, penanda wacana, kata sendi nama, kata arah,
    peribahasa, penjodoh bilangan dan imbuhan.

(b)Menggantikan kata yang bergaris dengan kata seerti dan                                     
    kata berlawan.
          Bahagian Sintaksis (Ayat)
(a)  Memilih ayat tanya yang betul berdasarkan ayat   
      penyata yang diberi.
(b)  Memilih jawapan berdasarkan soalan (ayat soal) 
      yang dikemukakan.
(c)  Memilih ayat yang maksud dengan ayat yang  
  diberi.
(d)  Memilih ayat yang menggunakan kata yang  
      digarisi dengan betul.
(e)  Memilih ayat yang betul struktur dan  
      tatabahasanya.
(f)  Memilih ayat yang menggunakan kata banyak  
     makna.



ASPEK-ASPEK YANG PERLU DIKUASAI DALAM KEMAHIRAN BERBAHASA

1.Penggolongan kata.
§  Kata nama.
§  Kata ganti nama.
§  Kata kerja.
§  Kata adjektif.
§  Kata hubung.
§  Kata sendi nama.
§  Kata keterangan.
§  Kata bilangan.
§  Penjodoh bilangan.
§  Kata seru.
§  Kata perintah.
§  Kata pemeri.
§  Kata penegas.
§  Kata nafi.
§  Penanda wacana.

2. Pembentukan kata.
§  Pengimbuhan (imbuhan).
§  Penggandaan (kata ganda).
§  Pemajmukan (kata majmuk).

3. Kosa kata.
§  Kata seerti (Sinonim).
§  Kata berlawan (Antonim).
§  Kata hampir sama makna (Polisim).
§  Kata banyak makna.

4. Peribahasa.
§  Simpulan bahasa.
§  Perumpamaan.
§  Pepatah.
§  Bidalan.

5. Pembinaan ayat.
§  Memilih jawapan bagi soalan yang diberikan.
§  Memilih soalan bagi jawapan yang diberikan.
§  Memilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

6.Kesalahan umum Tatabahasa.
§  Memilih ayat yang betul penggunaan katanya.
§  Memilih ayat yang betul struktur dan tatabahasanya.
§  Memilih ayat yang betul menggunakan kata banyak makna.


SOALAN 31-40: Kemahiran Membaca dan Memahami.
1.  Terdapat 2 petikan pemahaman yang pelbagai jenis dikemukakan.
2.  Setiap petikan akan diikuti dengan 5 soalan pelbagai aras. Dengan ini, terdapat 10 soalan dalam bahagian ini.
3.  Soalan-soalan yang dikemukan biasanya meliputi perkara-perkara berikut:
a)  Pemahaman tentang fakta, isi-isi penting, urutan peristiwa dan merumus tajuk.
b)  Pengetahuan tentang maksud perkataan atau rangkai kata.
c)  Pengetahuan tentang maksud peribahasa atau simpulan bahasa.
d)  Penggunaan olahan matematik dan soalan-soalan berkaitan sains.
e)  Pemahaman tentang aspek nilai murni atau pengajaran yang terdapat dalam petikan.



PANDUAN MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN
1.  Membaca arahan dengan teliti dan difahami arahan tersebut.
2.  Baca petikan sekali untuk mendapatkan idea kesuluruhan petikan yang diberi 
     dan gariskan maklumat-maklumat penting yang terdapat dalam petikan, misalnya     
     nama orang, nama tempat, tarikh, peristiwa penting dan maklumat utama yang 
     ada kaitan dengan petikan.
3.  Baca semula petikan untuk lebih memahami petikan yang diberi.
4.  Kemudian, baca soalan dengan teliti dan fahami soalan itu.
5.  Pilih jawapan untuk soalan yang diberi berdasarkan petikan. Gunakan 
     pemahaman dan ingatan terlebih dahulu.
6.  Jika gagal untuk menentukan jawapan, barulah baca semula petikan untuk
     memastikannya.
7.  Anda disarankan agar menjawab soalan-soalan yang dikemukakan berdasarkan
     petikan bukan berdasarkan pengetahuan sedia ada.
8.  Semak semula jawapan yang telah anda pilih dengan merujuki petikan yang
     diberikan.

4 ulasan:

Unknown berkata...

pelajar seharusnya tahu cara untuk memahami setiap soalan yang diberi..ini adalah salah satu cara untuk mendapat markah yang tinggi..oleh kerana soalan yang diberi berbentuk objektif..pelajar haruslah mahir dalam memilih jawapan yang sebenar..setiap aspek yang diterapkan amat bagus..

Unknown berkata...

kertas pemahaman amat penting dalam ujian penilaian sekolah rendah..oleh itu ini adalah salah satu rujukan yang terbaik bagi mendapat markah yang terbaik..

Unknown berkata...

Assalamualaikum. Terima kasih. Cikgu Anna Su hargai komen yang diberi.

Unknown berkata...

Terima kasih.